Alkisah pada suatu masa terjadi perdebatan antara satu golongan kaum Atheis dengan para ulama tentang sifat WUJUD bagi Allah SWT. Kejadian ini terjadi pada masa Sheikh Himad, yaitu guru dari Abu Hanifah. Sedangkan keadaan Abu Hanifah sendiri pada waktu itu masih sangat kecil, belum beranjak dewasa.Dikisahkan pada saat itu, datang suatu kaum yang menyatakan bahwa mereka dari golongan Atheis yang sengaja datang disuatu majelis untuk menantang para ulama didaerah itu perihal sifat Wujud bagi Allah SWT. Pada saat yang ditentukan maka berkumpulah para ulama didaerah itu memenuhi tantangan dari golongan Atheis. Maka berkata dari golongan Atheis memulai perdebatan.
Atheis : “Apakah Allah itu ada?”
Ulama : “Betul, Allah itu ada”.
Atheis : “Kalau benar Allah itu ada, maka tunjukan padaku dimana Dia (Allah)?”
Para ulama merasa kebingungan utk menjawab pertanyaan tersebut, Sehingga golongan Atheis merasa kemenangan kerana para ulama tidak dapat menjawab dan membuktikan adanya Allah SWT. Lalu golongan Atheis itu berkata, “Apakah masih ada lagi orang yang blh menjawab dan membuktikan adanya Allah?”. Kemudian ada seorang ulama yang berkata, “Masih ada orang yang blh menjawab dan membuktikan adanya Allah, seorang yang bernama Himad”. Golongan Atheis itu pun meminta kepada Raja untuk mengundang Sheikh Himad untuk hadir di Majlis perdebatan itu. Dan Raja pun mengabulkan permintaan dari golongan Atheis, lalu dikirimkan utusan kepada Sheikh Himad memberitahukan perihal undangan tersebut.Setelah Sheikh Himad menerima kabar tentang hal tersebut, dia merasa gusar dan kuatir jika seandainya dia gagal menjawab pertanyaan dari golongan Atheis, hal tersebut juga sudah diketahui oleh Abu Hanifah. Sampai pada suatu malam Sheikh Himad bermimpi dia melihat sebuah rumah yang sangat luas dan indah, lalu ada suatu pohon yang rindang dan memiliki buah yang sangat banyak. Lalu ada seekor babi yang memakan seluruh buah, daun dan cabang dari pohon tersebut hingga yang tersisa hanya batang, kemudian dari batang tersebut keluar seekor singa, lalu singa tersebut membunuh babi yang memakan seluruh buah,daun dan cabang dari pohon itu.Keesokan harinya Sheikh Himad masih bingung akan mimpi itu, hingga tibalah Abu Hanifah yang melihat Gurunya dalam keadaan bingung. Berkata Abu Hanifah, “Wahai guru ku apa yang membuatmu merasa bingung seperti ini?”. Lalu Syeih Himad menceritakan tentang mimpinya semalam kepada Abu Hanifah, kemudian Abu Hanifah menafsirkan mimpi dari gurunya itu. Dia berkata, “Rumah yang luas dan indah itu adalah agama Islam, Pohon yang berbuah itu adalah para ulama, Batang dari pohon itu adalah Guru (Sheikh Himad), Babi itu adalah golongan Atheis dan Singa yang membunuh babi tersebut adalah saya”.Kemudian Abu Hanifah meminta gurunya untuk mengajak dia menghadiri majlis perdebatan itu, Sheikh Himad pun mengizinkan Abu Hanifah untuk ikut bersamanya. Pada waktu yang ditentukan datanglah Abu Hanifah bersama Gurunya Sheikh Himad untuk memenuhi undangan dari Raja untuk berdebat dengan golongan Atheis perihal sifat Wujud bagi Allah SWT.Perdebatan pun dimulai, diawali dengan pertanyaan golongan Atheis tentang Abu Hanifah. Golongan Atheis bertanya, “Siapa kamu wahai anak kecil? Kenapa menghadiri majlis ini?apakah kamu blh menjawab pertanyaan yang para ulama besar saja tidak blh menjawab pertanyaan itu?”. Lalu berkata Abu Hanifah, “Ia, aku akan menjawab pertanyaan yang akan kau berikan dengan Taufiq dari Allah SWT”.Kemudian berdirilah golongan Atheis diatas pentas dan memulai debatnya.
Atheis : “Apakah Allah itu ada?”
Abu Hanifah : “Ia, benar”
Atheis : “Lalu, dimana Allah?”
Abu Hanifah : Balik bertanya kepada golongan Atheis, “Apakah di tubuh kamu memilki ruh?”
Atheis : Menjawab, “ia”.
Abu Hanifah : “Dimana letak ruhmu? Apakah di kepalamu, diperutmu ataukah dikakimu?”
Mendengar pertanyaan itu golongan Atheis terdiam kebingungan. Kemudian Abu Hanifah meminta dibuatkan segelas susu. Lalu bertanya kembali Abu Hanifah kepada golongan Atheis itu.
Abu Hanifah : “Apakah susu ini mengandung lemak?”
Atheis : “Ia benar, susu mengandung lemak”.
Abu Hanifah : “Lalu dimana letak lemaknya itu, apakah diatasnya atau dibawahnya?”.
Golongan Atheis kembali terdiam tidak blh menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Abu Hanifah.Kemudian Abu Hanifah menjelaskan maksud dari pertanyaan tadi. Sama hal nya tentang masalah letaknya ruh di tubuh kamu dan pula halnya tempat lemak di dalam susu. Kita mengakui adanya ruh didalam tubuh kita, dan mengakui adanya lemak didalam susu tapi kita tidak blh mengetahui letak tempatnya. Maka seperti itu juga perihal sifat Wujud bagi Allah SWT.Kerana merasa kalah, maka golongan Atheis pun kembali bertanya.
Atheis : “Apakah ada sebelum dan sesudah adanya Allah?”
Abu Hanifah : “Tidak ada”.
Atheis : “Lalu bagaimana kamu blh memberitahu tidak adanya sebelum dan sesudah ?”
Abu Hanifah : “Jawabnya ada ditubuhmu juga”.
Atheis : “Apa itu?”.
Abu Hanifah : “Apakah ada sesuatu sebelum Ibu jari dan sesudah jari kelingkingmu?”.
Atheis : “Tidak ada sesuatu sebelum Ibu jari dan sesudah jari kelingkingku”.
Abu Hanifah : “Maka seperti itu pula tentang Allah SWT, tidak ada sesuatu sebelum dan sesudahnya”.
Atheis : “Benar kamu”.
Kembalilah kemenangan Abu Hanifah dalam perdebatan itu. Golongan Atheis merasa belum puas hati juga dan mengajukan pertanyaan lagi kepada Abu Hanifah dari atas mimbar. Berkata golongan Atheis, “Apa yang Allah lakukan sekarang?”.Kemudian Abu Hanifah menjelaskan bahwa dia dalam posisi pemenang dalam perdebatan ini, maka selayaknya dia yang pantas berada di atas mimbar. Lalu Abu Hanifah meminta golongan Atheis itu turun dari atas mimbar, kemudian Abu Hanifah menggantikan posisi golongan Atheis di atas mimbar. Dari atas mimbar itu Abu Hanifah menjawab pertanyaan yang diajukan oleh golongan Atheis perihal apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?” Abu Hanifah berkata, “Yang sedang Allah SWT lakukan sekarang adalah menurunkan darjat orang seperti kamu dari yang semula berada di atas menjadi turun ke bawah”. Sama halnya dengan Allah mengalahkan dan menjatuhkan yang Bathil dan meninggikan yang Haq (kebenaran).
Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terluput waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisinya yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badanya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun tersedar dari tidurnya. Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.
Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu, dan dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tandatanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat. Beliau pun bertanya, “Aku kenal kamu adalah syaitan tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh?”
Kucing itu menjawab, “Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, baiklah aku akan jelaskan kepadamu. Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu keatasmu, kamu akan melakukan seratus raka’at solat lagi sebagai penebusan, jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala daripada mengerjakan solat yang dua raka’at sahaja.”
~ Shaykh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin
Sewaktu dalam perjalanan kembali ke Thaus dari sebuah daerah bernama Jarjan, selepas Imam Ghazali belajar dengan Imam Abu Nasyar Al Ismaili, rombongan Imam Ghazali telah dirompak oleh segerombolan perompak yang banyak berkeliaran di waktu itu. Semua barang mereka habis dirompak termasuklah manuskrip-manuskrip Al Ghazali yang berharga. Al Ghazali merasa sayang sekali pada bahan-bahan manuskripnya itu lalu beliau memberanikan diri menghampiri ketua prompak untuk meminta kembali bahan-bahan tersebut.
Tatkala mendengar rayuan Al Ghazali itu maka ketua perompak itu lalu berkata, “Apa gunanya lagi catatan-catatan engkau itu kiranya ilmu itu sudah engkau pelajarinya? Bukankah ilmu itu sudah ada di dalam kepalamu dadamu – penulis ?” Bagaimanapun selepas itu ketua perompak itu telah mengembalikan semula barang-barang yang dikehendaki oleh Al Ghazali itu.
Sejak dari peristiwa itu Al Ghazali telah mengutamakan pemahaman serta penghafalan daripada kerja mencatat sewaktu mempelajari sebarang ilmu yang dituntutnya. Beliau sering menyebut, “Pelajaran-pelajaran selanjutnya akan saya faham dan hafalkan kerana sekiranya barang -barang itu kemudiannya dirompak orang, saya tidak akan kehilangan apa-apa lagi ilmu yang telah saya pelajari itu.”
~ Luqman Hakim
Kata hukama’ bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan iaitu:
1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.
2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.
3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.
4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.
5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang itu.
6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta “yang fitnah itu tiada masuk syurga”.
7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.
8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.
9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.
10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.
~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)
1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.
2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.
3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.
4. Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
5. Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.
6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.
7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.
8. Tidur meringkuk di satu arah
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.
9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?
10. Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur! Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu.